Tatahias dan Hemah Diri dalam
Menghadiri Majlis Rasmi
Maksud Tatahias / Hemah Diri
- Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang
kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa
urusan rasmi di majlis
- Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri
iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan
Kepentingan Tatahias
Menjaga Imej
- Imej Organisasi
- Imej Peribadi
Anda hendaklah sentiasa peka tentang
hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan apabila bertemu
dengan orang lain. Dengan berpakian yang sesuai dan serba kemas keselesaan
pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat diatasi
Kepentingan Hemah Diri
Hemah diri adalah : Pakian Rohani
dan Jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan
gerak-geri
Layanan
Layanan mesra dan bersopan adalah
amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan
seseorang seperti :
- Memberi salam petemuan dan perpisahan
- Bertutur dengan jelas
- Tertib dan berbudi bahasa
- Pamerkan imej yang baik dan disenangi
Kesihatan / Kebersihan dan Kekemasan
Aspek ini amat penting keranan ia
menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya :
Bahagian kepala dan muka
- Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
- Make up secara sederhana (Natural Look)
- Gigi sentiasa bersih
- Pernafasan tidak berbau
Bahagian badan dan tangan
- Badan tidak berbau
- Baju bergosok
- Baju tercarik dan kelihatan kotor
- Kuku jari tidak kelihatan panjang
- Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat
tanda-tanda berpenyakit atau bersisik
Bahagian punggung dan kaki
- Seluar / kain tidak bergosok
- Memakai stokin berwarna terang dan berbunga
- Kasut kelihatan kelabu
- Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah
terhakis
Tips Tatahias untuk Wanita
- Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen
- Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk
tubuh badan masing-masing
- Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian
yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga
besar atau terang
- Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang
berwarna lembut cerah
- Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna
pada satu masa
- Memakai tudung tida menghalang untuk bergaya
- Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan
formal
- Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan
menggayakannya
- 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan :
Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)
Kekemasan Diri Wanita
- Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang
hari
- Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas
- Corak fabrik tidak lebih dari empat warna
- Penggunaan alat solek tidak keterlaluan
- Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan
yang berloceng
- jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh
dibenarkan (paras lutut)
- Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau
berbunga besar
- Pastikan anda harmonis dalam berpakaian
- Elakkn daripada memakai selipar / sandal
- Solekan muka hendaklah kelihatan natural
- Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata
- Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang
sama
Kesesuaian Pakaian Lelaki
- Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
- Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
(kecuali butang kolar)
- Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
- Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian
kepala tali pinggang
- Sesuaikan warna tali leher dengan baju
- Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
- Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan
- Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat
- Stokin putih tidak sesuai dalam majlis
- Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut
- Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di
kedua belah bahu
- Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan
dipakai pada siang hari sahaja
Kesopanan oleh tetamu
amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga
bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamu
Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan
- Baca segera
- Teliti jemputan
- Teliti tarikh, hari dan masa
- Teliti tempat majlis diadakan
- Teliti pakaian yang dikehendaki
- Buat keputusan segera
- Jawab dengan kad jawapan jika ada
Persiapan bagi menghadiri majlis
- Tempat majlis hendaklah diketahui
- Kenderaan dalam keadaan sempurna
Ketibaan di tempat majlis
- Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya
- Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi
- Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan
- Kad jemputan dibawa jika dikehendaki
- Penyanbut tetamu : patuhi arahannya
Dalam majlis perasmian
- Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar
jika tak puas hati
- Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada
masalah
- Meneliti program jika ada
- Berbual dengan sopan
- Berminat dengan majlis yang dihadiri
- Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu
sahaja
Majlis Jamuan
- Minum sebelum makan : tidak gelojoh
- Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang
betul
- Menggunakan peralatan dengan betul
- Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan
- Makan sup dengan tidak berbunyi
- Berjenaka berpatutan
- Tidak dibenarkan merokok
- Elakkan mencungkil dan menggaru
- Meninggalkan majlis apabila selesai majlis
- Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang
kenamaan dahulu
- Barang kenangan : jangan diambil
Majlis Tamat
- Tetamu utama meniggalkan majlis
- Cara berdiri : menghadap tetamu utama
- Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya
- Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliran
Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu
- Tidak memberi jawapan kehadiran
- Memberi jawapan lewat
- Menjawab hadir tetapi tidak hadir
- Menjawab tidak hadir tetapi hadir
- Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang
- Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri
- Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput
- Hadir lewat dari masa yang ditetapkan
- Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai
Tertib di meja makan
Peraturan dan tatasusila di meja
makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu
dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan
peraturan menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga
tetamu yang melihat di antara satu
sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu
peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk
memulakan kerana bimbang tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah
ambil atau tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil.
Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai.
Minum sebelum makan
Minum sebelum makan
diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini
merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan.
Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan
daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran
atau minuman lain yang tidak dihidangkan.
Cara keluar masuk
Masuk dan juga keluar di
meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk.
Napkin
Setelah duduk ambil
napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkinialah dengan memegang
bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit
Berbual
Apabila berbual
hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan
terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja
Hidangan
Mengikut amalan, makanan
akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan
juga dari sebelah kiri.
Minuman (air sejuk) akan
dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan
semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan
ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.
Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak
di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega
diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan.
Cara menggunakan peralatan
Cara menggunakan
perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang.
Makanan pembuka selera
Makanan pembuka selera
biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan
ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala
bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini
hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan
terlentang apabila selesai makan.
Sup
Gunakan sudu di sebelah
kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu
ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta
bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan
sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan
terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega
seperti burger.
Hidangan ikan
Jika hidangan ikan
disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan
hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau
itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan
untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah
kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan
garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan
terlentang.
Sorbet
Selepas hidangan iakn,
sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert.
Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati
makanan lain.
Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan
utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada
tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di
tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil
(chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.
Dessert
Dessert dihidangkan
setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan
seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.
Kopi
Kopi dihidangkan selepas
semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan.
Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula
pula.
Merokok
Elakkan daripada merokok
Berjenaka
Jangan berjenaka semasa
makan
Meninggalkan tempat duduk
Apabila hendak
meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah
hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan
Cara keluar
Keluar dari meja makan
adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah
kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya
Mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah
dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup