ETIKA
Perkataan etika berasal daripada
perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud karakter atau perangai. Manakala
dari perkataan Latin pula, moral bermaksud “mores” yang melibatkan karakter
atau perangai. Istilah etiket (etiquette) pula membawa maksud tingkah laku atau
tatacara yang dianggap baik dalam situasi sosial. Ahli falsafah membahagikan
etika kepada tiga : Etika Meta, Etika Normatif dan Etika Gunaan.
Etika Meta
Meta
membawa maksud "di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar yang melibatkan
persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,kebenaran sejagat, keagamaan dan
peranan akal serta melibatkan konsep yang abstrak iaitu metafizikal, psikologikal
dan linguistik. Etika Meta
juga mengandungi etika agama atau deskriptif yang membincangkan sistem moral
golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman.
Etika Islam
menekankan tanggungjawab insan yang asasi iaitu memperhambakan diri kepada
Allah Azzawajalla. Hakikatnya kehambaan adalah bermaksud setiap insan mengakui
bahawa mereka adalah kepunyaan Allah yang Maha Berkuasa dan harus mempunyai
tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Selain itu, dakwah juga merupakan
tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh seorang muslim.
Etika Normatif
Etika Normatif ialah membuat
kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang sedia ada, kemudian
mencadangkan satu system yang standard untuk semua berasaskan kepada rasional
dan penaakulan akal. Contoh moral yang
telah dipermudahkan ialah berbuat baik dibalas dengan kebaikan. Diantara
teori yang digunakan dalam etika normatif adalah teori deontologikal yang
menilai baik-buruk berdasarkan tindakan, dan juga teori teleologikal yang
menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan.
Etika Gunaan
Etika
Gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai
bidang seperti perniagaan, penguruan, perubatan, alam sekitar social dan seks. Menggubal
etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang untuk kegunaan
masyarakat melalui pencarian terhadap penyelesaian masalah semasa dengan
menggunakan pelbagai teori termasuklah daripada etika meta dan normatif. Antara
dua contoh etika gunaan adalah Etika perniagaan dan Etika Alam Sekitar.
Aliran-Aliran Etika
Persepsi
dan perspektif yang pelbagai wujud daripada perbezaan latar belakang individu
dan masyarakat serta pegangan yang berbeza.
.........................
Utilitarianisme
Doktrin ini menegaskan bahawa
manusia perlu memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan ramai.
Konsepnya pula menegaskan bahawa keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil
yang diperoleh daripada pelaksanaannya serta bermatlamatkan untuk memberi
kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang.
Hedonisme
Hedonisme
berasal daripada perkataan greek iaitu hedone yang bermaksud matlamat kehidupan
adalan untuk mencapai keseronokan hidup yang maksimum. Doktrin ini mengatakan
bahawa kebaikan dan keburukan ditentukan oleh kenikmatan dan pilihan yang
membawa kepada kepuasan adalah lebih baik. Pendek kata, ia telah mewujudkan masyarakat
yang pentingkan kebendaan seterusnya telah membiakkan sikap individualistik dan
egoistik dalam masyarakat.
Eksistensialisme
Eksistensialisme
menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan. Terdapat tiga bentuk
kebebasan iaitu, jasmani, kehendak dan moral. Namun, ia telah mewujudkan
situasi keterasingan apabila individu terlampau bebas sehinggakan kelihatan
luar biasa daripada norma masyarakat.
Etika sangat penting dalam membentuk masyarakat yang beretika melalui kekuatan agama dan budaya murni yang telah wujud agar keharmonian dapat dikekalkan.
AKHLAK ISLAM
Akhlak mulia sangat diberi perhatian serius
oleh agama Islam melalui pembentukan disiplin, kaedah dan tatacara yang telah
diteladani oleh junjungan besar Rasulullah SAW.
Definisi
akhlak yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf dirujuk melalui perangai yang
menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan
dan baik percakapannya. Pengertian akhlak mulia yang sangat luas mencakupi
aspek peribadi seperti tingkah laku secara individu dan kejernihan air muka
yang terpancar. Selain itu, ketajaman dan kelunakan kata-kata yang dilontarkan
dan tinggi atau rendah suara berkumandang turut mencerminkan kemuliaan akhlak
seseorang.
Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf…
Tasawuf diertikan sebagai akhlak yang mesti
dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati, dan tasawuf bukan sahaja
terdiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak. Akhlak adalah
bersumberkan daripada syarak dan semua aspek Ilmu Tasawuf merupakan akhlak
terpuji.
Pendidikan
akhlak juga dikenali sebagai tahdhib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang terdapat
dalam diri seseorang.
Faedah akhlak mulia sangat besar disisi Allah S.W.T kerana
orang-orang yang beriman sentiasa mencari keredhaan Allah dengan mengamalkan
adab dan akhlak yang mulia agar mereka dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha
Agung.
Lambang Keimanan Sejati…
Seseorang yang berakhlak mulia akan menyinarkan
cahaya keimanan yang baik dan tidak mendatangkan gangguan melalui ketenteraman
yang disumbangkan merupakan asset yang sangat besar.
Bahaya Akhlak Buruk…
Akhlak yang buruk akan meninggalkan kesan yang
tidak baik seperti menyempitkan rezeki selain mampu mengundang bahaya kepada
kehidupan dunia seperti sentiasa merasa gelisah, bimbang dan keluh kesah.
Akhlak Manusia Secara Semulajadi…
Imam Al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat sifat semulajadi:
Imam Al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat sifat semulajadi:
i)
Manusia
yang bodoh tidak dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.
ii)
Manusia
yang mengetahui perkara buruk tetapi tetap membiasakan diri melakukan perkara
tersebut mengikut kehendak dan telunjuk hawa
nafsunya sahaja.
iii)
Manusia
yang berkeyakinan bahawa perkara yang buruk itu adalah baik.
iv)
Manusia
yang telah berkeyakinan dan melihat kejahatan itu sebagai kelebihan serta
menjadi kebanggaan apabila melakukannya. Golongan ini merupakan orang yang
bodoh, sesat, fasiq dan sangat jahat.
Hati Tempat Pembentukan Akhlak...
Hati ialah sebuah tempat penerimaan. Apabila hati
dipenuhi dengan kebenaran (Al-Haq), akan melimpah sinaran cahaya ke atas
anggota zahir. Sebaliknya, jika dipenuhi
dengan kebatilan, akan melimpah kegelapan ke atas anggota zahirnya (Al-Kurdi,
1377H).
Gaya Pembentukan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali…
Akhlak mulia boleh dibentuk melalui latihan dan
mujahadah di mana kita perlu sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat
dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada dalam diri kita selain mencari
teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan yang buruk. Kemudian,
kita perlu mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan
serta menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat tercela.
Matlamat akhlak…
i)
Baik akhlak
bersama Allah.
ii)
Baik akhlak
Sesama manusia.
iii)
Baik akhlak
terhadap diri sendiri.
Kesimpulannya, akhlak merupakan tingkah
laku seseorang yang menggambarkan keperibadian, manakala adab pula ialah tindakan
seseorang secara khusus merujuk kepada keadaan dan tempat. Maksud adab oleh
tokoh tasawuf ialah menghimpunkan sifat-sifat zahir dan batin semata-mata
kerana Allah.