STATUS UPDATED!
selamat berpraktikal kawan-kawan
DeNai PeLangi BerKaBus: 2012

Thursday, December 20, 2012

Last Menu 2012 wif ~~ Beloved Mom


Assalamualaikum......Xiawu Hao.... @ selamat petang......

eh2, skema pulok... bru je nak stat berblog ni... maklumlah...blog first aku tuu dah tak bleh bukak sbb tak ingat paswod...hahahha... Bertuah kan... ini pun bukak sbb lect aku suruh buat esemen individu kat blog....
ishhh..kalo tak, malas dah aku......Ok2, cukup2..tak payah nak melalut jaoh2....

aku rindu sangat2 mak ayah, adik2 aku.... Sebab tu tetibe je nak wat entry nih....

Ini menu2 akhir aku ng my beloved love love mummy di tahun 2012 k.... Time cuti raye haji bru ni...hehhehe....simple jek. korang suke tak ??


Ni sambal ikan , bukan yg campur kelapa tu, sesuai  untuk  nak kurangkan  pengambilan kolesterol. Jangan ingat tak sedap biar takde kelape pon... same je rase dye...

sambal ikan+ lada + magga____ape2 jelah lagi.

haa....ni febret aku....kacang bendi goreng..... semangkuk pon aku bleh  mkn gitu je...hihihhii

bendi goreng~~~~



sotong singgang....also my febret...

sebab aku dah nk balik kedah kan...so, menu hari tu kene sume ikot febret aku.... hehehehe...
adik2 aku kurang sotong singgang ni....
tarrraaaa !! dah msuk dalam pinggan !!

jom makan......rindu nye..... nk balik...xpe2, tinggal bape ari je lg aku brgelar student yg p kls tiap2 har tu...hik3...
mok...ari nin along lunch ng roti celop telur je... :(

anyway...tetap kene brsyukur yea, ape2 je yg kite makan....rezeki Allah....

THANKS FOR READING

Tuesday, October 23, 2012

Ringkasan Bab 4- ETIKA (Sains Pemikiran dan Etika)



    ETIKA

Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud karakter atau perangai. Manakala dari perkataan Latin pula, moral bermaksud “mores” yang melibatkan karakter atau perangai. Istilah etiket (etiquette) pula membawa maksud tingkah laku atau tatacara yang dianggap baik dalam situasi sosial. Ahli falsafah membahagikan etika kepada tiga : Etika Meta, Etika Normatif dan Etika Gunaan.

Etika Meta
Meta membawa maksud "di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar yang melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,kebenaran sejagat, keagamaan dan peranan akal serta melibatkan konsep  yang abstrak iaitu metafizikal, psikologikal  dan linguistik. Etika Meta juga mengandungi etika agama atau deskriptif yang membincangkan sistem moral golongan manusia yang menganuti pelbagai agama dan fahaman.


Etika Islam menekankan tanggungjawab insan yang asasi iaitu memperhambakan diri kepada Allah Azzawajalla. Hakikatnya kehambaan adalah bermaksud setiap insan mengakui bahawa mereka adalah kepunyaan Allah yang Maha Berkuasa dan harus mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Selain itu, dakwah juga merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh seorang muslim.

Etika Normatif
Etika Normatif ialah membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang sedia ada, kemudian mencadangkan satu system yang standard untuk semua berasaskan kepada rasional dan penaakulan akal. Contoh moral yang telah dipermudahkan ialah berbuat baik dibalas dengan kebaikan. Diantara teori yang digunakan dalam etika normatif adalah teori deontologikal yang menilai baik-buruk berdasarkan tindakan, dan juga teori teleologikal yang menilai baik-buruk berdasarkan kesan tindakan.

Etika Gunaan
Etika Gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, penguruan, perubatan, alam sekitar social dan seks. Menggubal etika yang dapat memberikan panduan dan mengawal bidang-bidang untuk kegunaan masyarakat melalui pencarian terhadap penyelesaian masalah semasa dengan menggunakan pelbagai teori termasuklah daripada etika meta dan normatif. Antara dua contoh etika gunaan adalah Etika perniagaan dan Etika Alam Sekitar.


Aliran-Aliran Etika
              Persepsi dan perspektif yang pelbagai wujud daripada perbezaan latar belakang individu dan masyarakat serta pegangan yang berbeza.
.........................

Utilitarianisme
              Doktrin ini menegaskan bahawa manusia perlu memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan ramai. Konsepnya pula menegaskan bahawa keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya serta bermatlamatkan untuk memberi kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang.

Hedonisme
              Hedonisme berasal daripada perkataan greek iaitu hedone yang bermaksud matlamat kehidupan adalan untuk mencapai keseronokan hidup yang maksimum. Doktrin ini mengatakan bahawa kebaikan dan keburukan ditentukan oleh kenikmatan dan pilihan yang membawa kepada kepuasan adalah lebih baik. Pendek kata, ia telah mewujudkan masyarakat yang pentingkan kebendaan seterusnya telah membiakkan sikap individualistik dan egoistik dalam masyarakat.

Eksistensialisme
              Eksistensialisme menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan. Terdapat tiga bentuk kebebasan iaitu, jasmani, kehendak dan moral. Namun, ia telah mewujudkan situasi keterasingan apabila individu terlampau bebas sehinggakan kelihatan luar biasa daripada norma masyarakat.


Etika sangat penting dalam membentuk masyarakat yang beretika melalui kekuatan agama dan budaya murni yang telah wujud agar keharmonian dapat dikekalkan.

AKHLAK ISLAM
Akhlak mulia sangat diberi perhatian serius oleh agama Islam melalui pembentukan disiplin, kaedah dan tatacara yang telah diteladani oleh junjungan besar Rasulullah SAW.

              Definisi akhlak yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf dirujuk melalui perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapannya. Pengertian akhlak mulia yang sangat luas mencakupi aspek peribadi seperti tingkah laku secara individu dan kejernihan air muka yang terpancar. Selain itu, ketajaman dan kelunakan kata-kata yang dilontarkan dan tinggi atau rendah suara berkumandang turut mencerminkan kemuliaan akhlak seseorang.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf…
Tasawuf diertikan sebagai akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati, dan tasawuf bukan sahaja terdiri daripada resam dan ilmu tetapi ia adalah akhlak. Akhlak adalah bersumberkan daripada syarak dan semua aspek Ilmu Tasawuf merupakan akhlak terpuji.
Pendidikan akhlak juga dikenali sebagai tahdhib al-akhlaq iaitu menghapuskan akhlak buruk yang terdapat dalam diri seseorang.

Faedah akhlak mulia sangat besar disisi Allah S.W.T kerana orang-orang yang beriman sentiasa mencari keredhaan Allah dengan mengamalkan adab dan akhlak yang mulia agar mereka dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.

Lambang Keimanan Sejati…
Seseorang yang berakhlak mulia akan menyinarkan cahaya keimanan yang baik dan tidak mendatangkan gangguan melalui ketenteraman yang disumbangkan merupakan asset yang sangat besar.

Bahaya Akhlak Buruk…
Akhlak yang buruk akan meninggalkan kesan yang tidak baik seperti menyempitkan rezeki selain mampu mengundang bahaya kepada kehidupan dunia seperti sentiasa merasa gelisah, bimbang dan keluh kesah.

Akhlak Manusia  Secara Semulajadi…
Imam Al-Ghazali mengkategorikan manusia kepada empat sifat semulajadi:
i)                 Manusia yang bodoh tidak dapat membezakan antara perbuatan baik dan buruk.
ii)               Manusia yang mengetahui perkara buruk tetapi tetap membiasakan diri melakukan perkara tersebut mengikut kehendak dan telunjuk hawa  nafsunya sahaja.
iii)            Manusia yang berkeyakinan bahawa perkara yang buruk itu adalah baik.
iv)            Manusia yang telah berkeyakinan dan melihat kejahatan itu sebagai kelebihan serta menjadi kebanggaan apabila melakukannya. Golongan ini merupakan orang yang bodoh, sesat, fasiq dan sangat jahat.

Hati Tempat Pembentukan Akhlak...
Hati ialah sebuah tempat penerimaan. Apabila hati dipenuhi dengan kebenaran (Al-Haq), akan melimpah sinaran cahaya ke atas anggota  zahir. Sebaliknya, jika dipenuhi dengan kebatilan, akan melimpah kegelapan ke atas anggota zahirnya (Al-Kurdi, 1377H).

Gaya Pembentukan Akhlak Oleh Imam Al-Ghazali…
Akhlak mulia boleh dibentuk melalui latihan dan mujahadah di mana kita perlu sentiasa bergaul dengan guru yang dapat melihat dan menilai segala kekurangan akhlak yang ada dalam diri kita selain mencari teman yang benar-benar dapat mengawasi dan menegur perbuatan yang buruk. Kemudian, kita perlu mendengar dan memerhati segala kekurangan diri yang dilontarkan serta menggauli manusia dengan mengawasi sifat-sifat tercela.

Matlamat akhlak…
i)                 Baik akhlak bersama Allah.
ii)               Baik akhlak Sesama manusia.
iii)            Baik akhlak terhadap diri sendiri.

Kesimpulannya, akhlak merupakan tingkah laku seseorang yang menggambarkan keperibadian, manakala adab pula ialah tindakan seseorang secara khusus merujuk kepada keadaan dan tempat. Maksud adab oleh tokoh tasawuf ialah menghimpunkan sifat-sifat zahir dan batin semata-mata kerana Allah.






THANKS FOR READING